Total Pageviews



SELAMAT DATANG KE BLOG EKO PELANCONGAN OLUMIS RIVER (SK MANDALIPAU PAPAR)!


Disini akan menjelaskan latar belakang Olumis River dan gambar di kawasan Olumis River.
Saya beharap maklumat yang ada di blog Olumis River dapat membantu anda untuk mencari kawasan tempat mandi yang kaya dengan alam semula jadi.

Saturday, 13 April 2019

PERSIAPAN SEBELUM BELAJAR BERENANG...

Sebelum anda belajar berenang sendiri adalah lebih anda mempersiapkan diri dan juga alat untuk berenang. Alatan perenang yang asas biasanya seperti yang dikongsikan di bawah;
Baju Renang
Kita boleh juga menggunakan baju yang biasa dipakai seharian tetapi anda digalakkan menggunakan baju renang yang khas untuk berenang. Mengapa? Banyak sebabnya, selalunya perenang yang profesional akan memakai baju renang kerana dikatakan lebih ringan dan mudah berenang.
Kaca Mata Renang
Anda disarankan menggunakan kaca mata atau spek mata khas untuk perenang kerana untuk melindungi mata dari air yang terdapat di dalam kolam atau sungai supaya mata anda dilindungi dari sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Pelampung
Mengapa anda memerlukan pelampung? Pelampung adalah alat yang dikatakan perlu untuk belajar berenang selain memudah anda menyesuaikan diri di dalam air. Walau bagaimanapun, alatan ini bukanlah wajib ada tetapi jika ada ia lebih memudahkan anda untuk belajar selain ia juga sebagai cara berenang agar tidak tenggelam.

No comments:

Post a Comment