Jika seseorang mangsa lemas di dalam air, pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa dengan pantas mungkin dapat menyelamatkan nyawa mangsa dan mengurangkan risiko kecederaan otak yang lebih serius kepada mangsa. Pertolongan cemas ini bertujuan untuk membantu memulihkan denyutan nadi serta pernafasan mangsa supaya dapat menyalurkan kembali oksigen ke saluran darah dan ke semua organ-organ mangsa. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan bagi membantu mangsa lemas dengan memberikan rawatan pertolongan cemas.
Langkah Pertama : Menghubungi Talian Kecemasan
Seseorang mangsa lemas perlulah mendapatkan rawatan oleh pakar perubatan dengan sepantas mungkin. Pertolongan cemas hanya diberikan oleh orang di sekeliling dalam keadaan dimana pegawai-pegawai perubatan belum tiba di lokasi kejadian untuk merawat mangsa. Oleh itu, penting bagi orang di sekeliling untuk menghubungi talian kecemasan 999 jika terlihat mangsa lemas bagi membolehkan pasukan kecemasan dan pegawai perubatan dapat segera datang ke lokasi kejadian untuk memberi rawatan kepada mangsa.
Langkah Kedua : Meminta Pertolongan Orang
Jika berada di kawasan di bawah pengawasan seperti di taman tema air atau di kolam renang, orang yang menjumpai mangsa lemas perlulah memberitahu pegawai penyelamat yang bertugas. Pegawai penyelamat mempunyai kepakaran dalam memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa terutamanya kepada mangsa lemas.
Langkah Ketiga : Mengeluarkan Mangsa dari Air
Kebanyakkan mangsa lemas disebabkan mangsa berada dalam kawasan air seperti kolam renang, pantai dan sungai. Oleh itu, langkah permulaan untuk memberikan bantuan kepada mangsa ialah dengan mengeluarkan mangsa daripada kawasan air tersebut. Pegawai penyelamat yang bertugas akan berusaha untuk mengeluarkan mangsa daripada air, namun jika mangsa berada di tempat yang tiada pegawai penyelamat, orang disekeliling perlulah berusaha untuk membantu mengeluarkan mangsa daripada air. Perkara ini boleh dilakukan dengan menggunakan peralatan seperti dahan kayu ataupun tali.
Langkah Keempat : DR ABC (Do you remember your Dr’s ABC?, 2010)
D – Danger (Bahaya)
Sebelum mula memberikan pertolongan cemas, awasi bahaya keadaan sekeliling. Pastikan bahawa persekitaran tidak merbahaya untuk mangsa dan juga orang yang membantu mangsa. Persekitaran yang bahaya boleh wujud seperti di kawasan curam dan kawasan yang terlalu basah. Oleh itu, untuk membantu mangsa, pastikan mangsa dialihkan ke kawasan yang lebih selamat seperti di kawasan tanah rata dan kering.
Selain keadaan persekitaran, orang yang membantu mangsa perlulah memastikan bahawa bahaya yang mungkin wujud pada mangsa disingkirkan. Bahaya ini boleh wujud pada peralatan atau pakaian mangsa yang boleh menganggu orang yang membantu mangsa untuk memberikan rawatan. Alatan-alatan yang perlu dibuka atau disingkirkan ialah seperti jam tangan, rantai leher dan pakaian yang terlalu tebal. Hal ini dilakukan bagi memudahkan orang yang membantu mangsa memberikan rawatan kecemasan.
R – Response (Tindak Balas)
Sebelum meneruskan pemberian bantuan kecemasan, orang yang memberikan rawatan kecemasan perlulah memeriksa sama ada mangsa memberi mempu memberikan sebarang reaksi atau tindak balas. Cara untuk memeriksa mangsa perlulah dimulakan dengan memanggil mangsa dan meminta supaya mengsa mengerakkan mana-mana bahagian tubuh sebagai tanda sedar terhadap panggilan yang oleh orang yang membantu. Jika tiada sebarang tindak balas oleh mangsa, orang yang membantu mangsa perlulah mengoncangkan tubuh mangsa dengan lembut untuk dan terus memanggil mangsa dan meminta tindak balas. Jika mangsa masih tidak memberikan sebarang reaksi, maka teruskan dengan langkah seterusnya.
A – Airway (Ruang Udara)
Orang yang membantu mangsa yang masih tidak sedar perlulah meneliti ruang udara mangsa terutamanya di mulut dan hidung. Untuk melihat ke dalam mulut mangsa, orang yang membantu perlulah meletakkan satu tangan di atas dahi mangsa dan menggunakan satu lagi tangan untuk menaikkan dagu mangsa supaya kepala mangsa mendongak ke atas. Kemudian, buka rahang mangsa dan lihat ke dalam mulut mangsa untuk sebarang objek yang tersekat di dalam mulut mangsa.
B – Breathing (Penafasan)
Setelah memastikan mangsa tidak sedar dan tiada apa-apa objek yang menghalang mangsa untuk bernafas, orang yang membantu mangsa perlulah memeriksa jika mangsa bernafas. Orang yang membantu boleh memeriksa mangsa dengan duduk di sebelah kanan mangsa. Selepas itu, letakkan dua jari di tepi leher mangsa dan meletakkan telinga berdekatan dengan hidung mangsa sambil memerhatikan dada mangsa. Jari yang diletakkan di leher mangsa bertujuan untuk mencari nadi mangsa tersebut manakala hidung untuk mengesan bunyi pernafasan mangsa dan melihat ke dada untuk memerhati jika dada mangsa turun naik sebagai tanda pernafasan. Periksa dan perhatikan mangsa selama 10 saat.
Jika pemerhatian dan pemeriksaan telah dibuat kepada mangsa dan orang yang membantu telah mengenalpasti bahawa mangsa tidak mempunyai nadi dan tidak bernafas, maka tekanan dada dan bantuan pernafasan atau CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) perlulah diberikan kepada mangsa. CPR dilakukan dengan memberikan 30 kali tekanan kuat di tengah-tengah dada mangsa dan disusuli oleh dua bantuan pernafan di mulut mangsa. Bagi mangsa dewasa, tekanan perlulah dilakukan dengan menggunakkan kedua-dua belah tangan dan melakukan tekanan sedalam 1 ½ inci hingga 2 inci. Bagi mangsa kanak-kanak pula, tekanan perlu dilakukan dengan menggunakkan satu tangan dan melakukan tekanan sedalam 1 inci hingga 1 ½ inci. Bagi mangsa bayi pula, tekanan perlu dilakukan dengan menggunakkan dua jari dan melakukan tekanan sedalam ½ inci hingga 1 inci. Selepas melakukan satu pusingan CPR, periksa jika ada denyutan nadi atau pernafasan pada mangsa. Jika masih tiada, teruskan dengan CPR sehingga bantuan tiba.
| Peringkat Mangsa | Dewasa | Kanak-Kanak | Bayi |
| Kekuatan Tekanan | 1 ½ inci hingga 2 inci | 1 inci hingga 1 ½ inci | ½ inci hingga 1 inci |
| Pengunaan Tangan | Kedua-dua tangan | Satu tangan | Dua jari |
Rajah 1: Bantuan tekanan semasa CPR
Rajah 2: Kedudukan tangan semasa tekanan
Jika denyutan nadi dan pernafasan telah diperiksa dan mangsa didapati mempunyai nadi tetapi tidak bernafas, maka orang yang membantu perlulah memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa atau EAR (Expired Air Resuscitation). EAR diberikan kepada mangsa yang mempunyai nadi tetapi tidak bernafas dan bertujuan untuk membantu memulihkan pernafasan mangsa. Bantuan pernafasan perlulah diberikan sebanyak lima kali dan jarak antara bantuan pernafasan tersebut ialah selama empat saat bagi dewasa dan tiga saat bagi kanak-kanak. Setelah melakukan bantuan pernafasan, periksa denyuran nadi dan pernafasan mangsa. Jika denyutan nadi masih ada namun tiada pernafasan, teruskan bantuan pernafasan, EAR. Jika denyutan nadi tiada dan mangsa tidak bernafas, lakukan bantuan tekanan dan penafasan, CPR.
Apabila denyutan nadi dan pernafasan mangsa telah kembali selapas selesai memberikan bantuan dalam bentuk CPR atau EAR atau kedua-duanya sekali, letakkan mangsa dalam keadaan pemulihan (Recovery Position). Keadaan rehat ialah keadaan dimana mangsa diletakkan dalam keadaan mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik. Orang yang membantu perlulah memeriksa denyutan nadi dan pernafasan mangsa secara berkala dan tunggu sehingga bantuan pengamal perubatan tiba. Pastikan mangsa berada dalam keadaan sedar dan mata terbuka serta elakkan mangsa dari menutup mata atau tidur.
Rajah 3: Recovery Position
C – Circulation (Pendarahan)
Setelah mangsa kembali bernafas dan berada dalam keadaan pemulihan, orang yang membantu mangsa perlulah memeriksa mangsa dan memerhati jika ada pendarahan yang berlaku. Jika ada pendarahan yang berlaku, berikan tekanan kepada tempat pendarahan menggunakan alatan seperti kain untuk mengelakkan mangsa kehilangan darah yang banyak dan tunggu sehinga pegawai perubatan tiba. Jika mangsa tidak mengalami sebarang pendarahan, pastikan mangsa berada dalam keadaan pemulihan dan tunggu sehingga pegawai perubatan tiba.
4.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, lemas merupakan satu gejala yang amat berisiko kepada mangsa kerana boleh mengakibatkan kecederaan otak dan kecacatan kekal jika mangsa tidak mendapat rawatan dengan segera sekiranya lemas. Pertolongan cemas dalam bentuk CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) dan EAR (Expired Air Resuscitation) oleh diberikan kepada mangsa lemas untuk membantu mengembalikan denyutan nadi dan penafasan mangsa. Gejala lemas ini bukan sahaja boleh berlaku di kawasan air seperti sungai, laut dan kolam renang sahaja, malah lemas ini boleh berlaku di mana-mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, masyarakat di Malaysia perlulah lebih peka mengenai gejala lemas agar kejadian dan risiko lemas dapat di kurangkan.
Rujukan